Sunday, May 15, 2011

"Kenapa ALLAH Pertemukan Kita Dengan Orang Yang Salah"

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

"4 peRkaRa uNtuk S!haT"


Empat perkara menguatkan badan 
1. makan daging 
2. memakai haruman 
3. kerap mandi 
4. berpakaian dari kapas 

Empat perkara melemahkan badan 
1. banyak berkelamin (bersetubuh) 
2. selalu cemas 
3. banyak minum air ketika makan 
4. banyak makan bahan yang masam 

Empat perkara menajamkan mata 
1. duduk mengadap kiblat 
2. bercelak sebelum tidur 
3. memandang yang hijau 
4. berpakaian bersih 

Empat perkara merosakan mata 
1. memandang najis 
2. melihat orang dibunuh 
3. melihat kemaluan 
4. membelakangi kiblat 

Empat perkara menajamkan fikiran 
1. tidak banyak berbual kosong 
2. rajin bersugi (gosok gigi) 
3. bercakap dengan orang soleh 
4. bergaul dengan para ulama 

4 CARA TIDUR 
1. TIDUR PARA NABI 
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH 
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang
banyak dimakan. 

4. TIDUR SYAITAN 
Menelungkup seperti tidurnya ahli neraka

Thursday, May 12, 2011

"NiLai SegeLas AiR"


Harun Ar Rasyid, Khalifah Abbasiyah telah menunda waktu solat Asar pada suatu hari. Hal ini diketahui oleh Imam Abu Yusuf r.m.

Kerana itulah dia amat tidak senang dengan kelancangan khalifah mengubah waktu solat itu. Lalu ia masuk menemui Harun Ar Rasyid dan berbincang-bincang dalam berbagai hal.

Dalam kesempatan berbincang-bincang itu Imam Abu Yusuf meminta segelas air kepada khalifah.

Setelah gelas air minum itu ditangannya, ia bertanya, "Ya Amirul Mukminin, kalau semua air di muka bumi ini tidak ada, kecuali segelas air ini, sedangkan anda haus sekali, berapa anda berani membeli air yang ada di tanganku ini?"

Khalifah menjawab, "Aku berani membeli airmu ini dengan setengah kerajaanku!"

Abu Yusuf bertanya lagi, "Kalau air yang anda minum itu tidak boleh keluar (tidak boleh buang air dan tidak keluar peluh), berapa anda berani membayar doktor supaya boleh buang air?"

Khalifah menjawab lagi, "Saya berani membayarnya dengan setengah kerajaanku ini!"

Imam Abu Yusuf kemudian berkata lagi, "Nah Amirul Mukminin, Allah Taala telah memberikan air kepada anda dan kepada seluruh rakyat kerajaan ini dengan meluas. Tetapi setelah diberi kenikmatan yang tiada taranya itu anda "mensyukurinya" dengan menunda-nunda waktu solat Asar yang telah ditetapkan Allah Taala!"

"KecekaLan hatiNya KeraNa CinTa iLahi"

perjaLanan Makkah ke MadiNah..
Ayahandanya akan berangkat ke Madinah. Apa yang harus dilakukannya? Didorong oleh jiwa yang sentiasa mencari-cari sesuatu untuk disumbangkan untuk agama Allah, Asma' lantas menyediakan makanan dan minuman buat bekalan mereka itu. Diletakkannya makanan ke dalam sebuah karung, manakala air minuman pula di dalam sebuah bekas yang lain. Ketika hendak mengikatnya puas dia mencari-cari, namun tidak ditemuinya sebarang tali untuk digunakan. Tanpa teragak-agak lantas dipotong tali ikat pinggangnya menjadi dua untuk mengikat kedua-dua bekas itu.

Pengorbanannya itu, biarpun kecil, telah mendapat perhatian Rasulullah SAW. Baginda lantas mendoakan agar Allah menggantikan ikat pinggang yang lebih baik dan indah di Syurga. Sejak itu, Asma' mendapat gelaran Dzatin Nithaaqainyang bermaksud "wanita yang mempunyai dua ikat pinggang."

Peristiwa tersebut berlaku ketika Rasulullah SAW dan Sayidina Abu Bakar as Siddiq memulakan perjalanan untuk berhijrah ke Madinah. Mereka telah dikejar oleh orang-orang kafir Quraisy lalu bersembunyi di Gua Tsur. Dalam kesunyian malam yang gelap pekat, berjalanlah Asma seorang diri mengharungi padang pasir tandus, berkorban untuk Rasul dan ayahandanya yang dicintai bagaikan tidak mengenal lelah. Meskipun terpaksa menghadapi ancaman musuh, bersembunyi-sembunyi dia menghantar makanan untuk mereka. Pernah dia ditampar oleh Abu Jahal hingga tercabut anting-antingnya, namun untuk memberitahu di mana tempat persembunyian Rasulullah SAW dan ayahandanya itu tidak sekali-kali.

Selepas pemergian Rasulullah dan ayahandanya itu, datanglah datuknya, Abu Qahafah yang masih belum memeluk Islam. Si datuk yang buta matanya, datang menemui cucu-cucu perempuannya untuk melahirkan rasa simpati.
"Ayahmu telah meninggalkan beban kesusahan ke atas kamu dengan membawa kesemua wang miliknya."
"Tidak, wahai datukku," ujar Asma, cuba mententeramkan datuknya itu. "Janganlah bimbang, ayah telah meninggalkan wang yang banyak." Segera dicapainya tangan datuknya lalu diletakkan ke atas bekas yang sarat berisi. Tenteramlah hati si datuk. Sesungguhnya hamba yang dekat hatinya dengan Allah, tindakannya akan sentiasa terpandu.

Sepertimana saudara perempuannya Sayidatina Aisyah, Asma' cekap dalam mengatur tindakan. Rupa-rupanya sebelum itu lagi dia telah sedia mengumpulkan kerikil dan meletakkannya di satu tempat di mana ayahandanya biasa menyimpan wang. Batu-batu itu ditutup pula dengan sehelai kain hingga datuknya tidak dapat mengesan muslihatnya itu, bahawa apa yang disentuhnya itu hanyalah ketulan kerikil.

Ketika tiba gilirannya untuk berhijrah, Asma' sedang sarat mengandung, hanya menunggu masa untuk melahirkan. Namun, segala penanggungan tidak lagi terasa demi keinginan yang tinggi untuk mengikuti jejak Rasulullah dan ayahandanya ke Madinah. Asma' dengan tabah menempuh kesulitan di sepanjang perjalanan yang jauh dan membahayakan itu.

Setelah sampai di Quba', dia pun melahirkan bayi lelakinya, Abdullah bin Zubair. Kaum muslimin mengucapkan takbir dan tahlil menyambut kelahiran bayinya, sebagai tanda gembira dan bersyukur kerana ternyata, Allah telah menunjukkan kuasanya mengatasi hamba-hamba-Nya yang kufur dan membela hamba-hamba-Nya yang beriman.

Sihir yang ditujukan oleh orang-orang Yahudi bertujuan menghapuskan zuriat orang-orang mukmin, ternyata tidak memberi apa-apa bekas terhadap kandungan Asma'. Bahkan bayi kaum muhajirin yang pertama lahir di Madinah itu lahir dalam keadaan sihat dan normal.

Friday, March 11, 2011

"SABAR ITU INDAH"

Salam semua..kali neyh aku m p0st tntg sabar spt tajuk d atas e2..mari kita ketahuinya dgn lebih teperinci..

Menghiasi diri dg sifat sabar merupakn akhlak 0rng2 yg Mulia.Mereka mghdapi k'slitn hidup dgn b'lapang dada,tdk mudh mnyerah,serta penuh k'pcyaan diri,kerana itu jika kita b'sabar,apa lagi yg b0leh kita lakukn??

Apakah kita semua mempunyai penyelesaian yg lain drp b'sabar??Dan apakh kita juga mengetahui senjta lain drp kesbrn untuk hadapi p's0alan hidup??

Pada suatu ketika se0rng t0k0h m'hadapi plbgai musibah yg dtg silih b'gnti dlm hidupnya & juga b'bgai kesulitn yg b'lumba utk m'hancurknnya.Setiap kali selesai drp 1 ksulitn,ksulitn yg lain pula dtg m'gnjunginya.Meskipun dmikian,t'nyata ia mampu menepis sgala ksulitnnya itu dgn pnuh kesabarn & mjdikn k'pcyaan thdp Allah sbgai perisai diri drp k'hancuran..

Demikianlah yg d'lakukn 0lh 0rng2 yg mulia & t'h0rmat itu dlm b'juang mlawan stiap dugaan & m'cmpakkn semua k'sulitn hidupnya t'kapar d atas tanah..

ketika b'brapa 0rng sahabat m'ziarahi Abu Bakar Radiyallahu anhu yg sdg t'bring sakit,para shbt b'kata kpdnya"Apakh perlu kami panggilkn se0rng tabib untuk mengubatimu?"Jawab Abu Bakar Radhiyallahu anhu:"se0rng tabib tlh memeriksaku!" Para shbt pun b'tnya "apakh yg tlh dikatakn 0lhnya?"Jwb Abu Bakar (R)"INNII FA'AALUNA LIMA URIID".

Bersabarlah!Akan tetapi,ketahuilah bahawa kita semua tdk mampu b'sikap sabar kculai atas pert0lngn & taufiq dr Allah.Bersabarlah s'bgaimana k'sbrn 0rng yg ykin akn dtgnya p'tlgan Allah,0rng yg tahu akn s'baik-baik tmpt kmbali,0rng yg m'gharapkn pahala & 0rng yg m'gharapkn t'hapusnya d0sa.BERSABARLAH,mskipun kita mghdpi plbgai pers0alan hdup & mghlangi jln yg akan kita tmpuhi.S'sungguhnya p'tlgan akn dtg stlh ksbrn,k'lpngn akn dtg stlh ksushn & kmudhn akn dtg stlh ksulitn..


Friday, February 25, 2011

"TerTipu & TerPedaYa"

Assalamualaikum seMua..kali neyh pulak pasal Remaja yg tertipu & terpedaya..Mari kta Renung2kn Kisah neyh..Remaja ialah Tertipu & terpedaya ,Ustaz ialah  pembimbing..






Remaja: Aku tertipu ustaz,aku juga terpedaya ustaz..
Ustaz: kenapa boleh begitu??"sesal dahulu pendapatn,sesal kemudian dk berguna"ouh ini mesti tertipu & terpedaya dgn madah2 berhelah neyhkn??
Remaja:Zaman remaja ustaz mesti kita nikmati dgn keseronokn..
Ustaz:ermm neyh kata2 siapa?
Remaja:Ustaz masa muda lar kita Enjoy,bila tua baru kita dekatkn dri dgn sejadah & masjid..
Ustaz:Ewah2 pers0alannya Remaja sempat tua ka??
Remaja:Muda hanya sekali Ustaz jgn membazir  puaskanlah Nafsu..
Ustaz:Faktanya:Muda @ tua Remaja nafsu tdk akan pernah puas,Betulkn??
Remaja:Betul jgk..


"Ayuk kita ReNuNgkaN BeRsaMa"


UstazALLAH S.W.T. SUKA  ORANG YANG BERIBADAT,
Remaja: BENAR 
Ustaz: TAPI DI LEBIH SUKA LAGI BILA ORANG MUDA LAGI BERIBADAT 

Remaja: TERSANGAT LAH BENAR,
Ustaz: ALLAH S.W.T SANGAT SUKA ORANG YANG BERTAUBAT,
Remaja: SOHEH
Ustaz: TETAPI DIA TERSANGAT SUKA BILA ORANG MUDA YANG BERTAUBAT,
Remaja: SEMEMANGNYA SOHEH,
Ustaz: ALLAH S.W.T AKAN MEMBERIKAN PERLINDUNGAN DI BAWAH BAYANGAN RAHMATNYA DI PADANG MASYAR KEPADA 7 GOLONGAN MANUSIA SALAH SATU DARIPADANYA IALAH PEMUDA YANG MENGGUNAKAN MASA MUDA REMAJANYA UNTUK BERIBADAT KEPADA ALLAH,
Remaja: MEMANG TIDAK SYAK LAGI,
Ustaz: JUSTERU WAHAI REMAJA ANGGAPLAH DIRIMU DI DUNIA INI SEBAGAI PERANTAU ATAU PENGEMBARA JIKA KAMU BERADA DI WAKTU PETANG JANGAN DI TUNGGU SAMPAI PAGI,JIKA KAMU BERADA DI WAKTU PAGI JANGAN DI TUNGGU SAMPAI PETANG MAKA GUNAKANLAH PELUANG MASA SIHAT KAMU SEBELUM DATANGNYA  SAKIT DAN GUNAKANLAH MASA HIDUP SEBELUM TIBANYA MAUT..

~MUhasabah diri kita BersaMa~


"sesekalipun sesorng dtg kpd Allah Mbwa D0sa s'besar guNung
Jika 'taubat,Maka dia akn mdpti Allah Maha pengampuN lg PnyayNg"

"SeSungguhNya seorNg yg B'imaN e2 jika mlakukn sesuatu d0sa
Maka Ada Bintik Hitam Pd  HatiNya,
Jika dia B'taubt & m'jauhi d0sa e2,Maka bersihlh htinya,
Jika tdk,Maka b'tambhlah bntik hitam e2 shngga htnya t'kunci"

Wednesday, February 23, 2011

"HasRatku"

Assalamualaikum semua,kali neyh plk aku m0 letk pic jak & t aku gthu pasal pic neyh ya..



TuntutLah Ilmu smpai ke Liang Lahad"Tiap manusia ingin yg terbaek nt0k drinya & bg2 jgk dgn aku Kalau tiada hlngn & jika d brikn kesemptn aku ingin smbng ke perngkt yg lbh tnggi agy m0 tmbh iLmu d dada  & jgk pnglman,pergunakn lar msa idup mu dgn bnda yg berfaedh..I'Allah..






  "Maha Suci Allah,Tuhan pencpta sekalian Alam:Klu dh Rezeki Aku ingin ke sini nt0k menunikn rukun Islam yg ke5 iaitu menunaikn fardhu Haji bg Yg b'kemampuan,Aku ingi ke sini b'sma 0wnk yg ku syg iaitu beliauku & mamaku tmpt neyh merupkn salah 1 tmpt yg aku m0 jelajah ingin tahu tntg sejarah islam & jgk Melawat ke Makam Rasulullah s.a.w. para kaum krabat & jgk sahabat baginda..Amin,sem0ga d0aku akan termakbuL..







"semua Manusia inginkn kehidupn yg selesa & aku jgk bg2 uda lma aku inginkn kereta neyh nmanya minic00per tp aku ska yg purba@ antik,neyh sekadar gambar jak t klu dh rezeki dapatlah yg realiti..









Hasratku yg seterusnya ialah ingin mendirikn masjid Allah s.w.t jika ada jd0h yg tertlis nt0kku dgn cRa yg Sah & menurt syariat islam melalui sebuah pernikh,Aku hnya insan yg biasa spt mna insan yg lain ingin d sygi  olh se0wnk lelaki yg bernama suami..I'allah