Thursday, May 12, 2011

"NiLai SegeLas AiR"


Harun Ar Rasyid, Khalifah Abbasiyah telah menunda waktu solat Asar pada suatu hari. Hal ini diketahui oleh Imam Abu Yusuf r.m.

Kerana itulah dia amat tidak senang dengan kelancangan khalifah mengubah waktu solat itu. Lalu ia masuk menemui Harun Ar Rasyid dan berbincang-bincang dalam berbagai hal.

Dalam kesempatan berbincang-bincang itu Imam Abu Yusuf meminta segelas air kepada khalifah.

Setelah gelas air minum itu ditangannya, ia bertanya, "Ya Amirul Mukminin, kalau semua air di muka bumi ini tidak ada, kecuali segelas air ini, sedangkan anda haus sekali, berapa anda berani membeli air yang ada di tanganku ini?"

Khalifah menjawab, "Aku berani membeli airmu ini dengan setengah kerajaanku!"

Abu Yusuf bertanya lagi, "Kalau air yang anda minum itu tidak boleh keluar (tidak boleh buang air dan tidak keluar peluh), berapa anda berani membayar doktor supaya boleh buang air?"

Khalifah menjawab lagi, "Saya berani membayarnya dengan setengah kerajaanku ini!"

Imam Abu Yusuf kemudian berkata lagi, "Nah Amirul Mukminin, Allah Taala telah memberikan air kepada anda dan kepada seluruh rakyat kerajaan ini dengan meluas. Tetapi setelah diberi kenikmatan yang tiada taranya itu anda "mensyukurinya" dengan menunda-nunda waktu solat Asar yang telah ditetapkan Allah Taala!"

No comments:

Post a Comment